SPAD Akan Usul Cadangan Pinda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010

PUTRAJAYA, 4 Julai -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan gembira selepas menaiki teksi ketika bersiar-siar sekitar Putrajaya sempena majlis pelancaran Program Duta Teksi Pelancongan di sini, hari ini.  Hampir 2,000 teksi membanjiri kawasan sekitar Dataran Putra di sini. --fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengusulkan kepada kerajaan cadangan untuk meminda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 untuk meningkatkan taraf perkhidmatan dan kebajikan pemandu teksi di negara ini.

SPAD dalam satu kenyataan hari ini berkata ia melibatkan semakan terhadap aspek-aspek kawal selia secara menyeluruh dan mengenal pasti model perniagaan terbaik bagi industri teksi tanah air.

Bagaimanapun kenyataan itu tidak menyatakan tarikh ia akan diusulkan.

Selain itu, SPAD juga akan mengkaji peraturan-peraturan yang akan mengutamakan pengguna, menyokong teknologi terkini dan inovasi yang mesra pengguna, menurut kenyataan itu.

Cadangan itu susulan daripada syor yang dikemukakan persatuan teksi dan pemandu-pemandu pada beberapa pertemuan yang diadakan dengan SPAD baru-baru ini.

“SPAD dengan ini memberi jaminan kepada industri teksi bahawa kami akan mencari jalan penyelesaian dalam jangka masa terdekat bagi mengatasi isu-isu yang diketengahkan dalam usaha menaik taraf industri pengangkutan awam darat di Malaysia,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, kerajaan mewujudkan program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) pada 2012 dan program Teksi 1Malaysia (TEKS1M) pada 2013 untuk mengatasi masalah industri teksi negara.

Ucapan Selamat Hari Deepavali dari Media Rasmi Industri Teksi Negara!

mt_deepavali

Pihak Pengurusan Malaysian Taxi ingin merebut peluang untuk mengucapkan “Selamat Hari Deepavali” kepada sekalian rakan-rakan pemandu teksi berbangsa India khususnya yang meraikan Perayaan Diwali tidak kira di mana jua anda berada!

Semoga sekelumit pengalaman suka & duka yang dikongsi bersama rakan-rakan seperjuangan akan lebih mematangkan diri serta membawa penyatuan yang penuh bermakna di antara kita dalam usaha Memartabatkan Industri Teksi Negara ke tahap yang lebih baik!

Pemandu teksi mesti bersatu sebelum bantahan besar-besaran

image
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang (JKBPTLK), Zailani Isa Usuluddin (kiri) dan Setiausaha Apriman Darlis pada sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR : Persatuan-persatuan teksi yang bergabung di bawah Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang merancang untuk menyatukan semua pemandu teksi di negara ini di bawah satu kesatuan tunggal sebelum mereka melancarkan bantahan besar-besaran di Ibu Negara terhadap pelbagai isu yang melanda Industri Teksi Negara, diantaranya Perkhidmatan Kereta Sapu Haram beraplikasi Uber & GrabCar seterusnya membantu pemandu mendapatkan permit teksi.

Bantahan tersebut dijangka akan dilaksanakan pada 18 Nov 2015 ini dengan kapasiti sebanyak 6000 pemandu teksi.

Diketuai oleh JKBPTLK, mereka merancang untuk berbuat demikian seterusnya memfailkan tindakan saman terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Kami menyasarkan untuk memfailkan saman itu pada akhir November”, kata R. Kengadharan selaku peguam yang bercakap bagi pihak pemandu teksi kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas bercakap dengan beberapa wakil pemandu teksi di khalayak ramai lebih 700 pemandu teksi yang bersorak gemuruh pada cadangan saman, penubuhan kesatuan dan bantahan.

Kengadharan berkata tujuan tindakan guaman itu dilakukan setelah pelbagai usaha diplomatik yang dilaksanakan menemui jalan buntu dan berkemungkinan terdapat kira-kira 3,500 aduan di dalamnya seterusnya bagi membersihkan pelbagai tohmahan dan isu-isu yang dihadapi pemandu teksi.

Bantahan, Kengadharan berkata ianya bertujuan untuk mendapatkan perhatian Kerajaan dalam mencari jalan penyelesaian kepada masalah mereka, yang didakwanya tidak ditangani dengan serius.

Antara isu-isunya, beliau berkata adalah Perkhidmatan Kereta Sapu Haram beraplikasi seperti Uber dan GrabCar serta sewa yang dikenakan ke atas permit pemandu teksi.

Tambahnya, sudah terlalu banyak pengusaha teksi di Malaysia dan mereka juga menuntut SPAD menghentikan pengeluaran permit secara pukal.

Kengadharan berkata, pemandu teksi juga mahukan “perintah sekatan” dikenakan oleh Kerajaan terhadap Uber dan GrabCar seterusnya menghalang mereka daripada beroperasi.

Sekiranya pendaftaran sesuatu Kesatuan Pemandu Teksi diluluskan, Kengadharan berkata ia akan menjadi saman berdasarkan kesatuan.

“Tindakan ini (kesatuan) adalah perlu kerana terdapat banyak isu-isu lapuk yang telah tertunda sejak 10 tahun lalu dan ianya semakin sukar untuk diselesaikan”, katanya.

Jawatankuasa itu sedang mengumpulkan 50,000 ahli yang akan didaftarkan ke dalam kesatuan ini, ujarnya.

Pemandu teksi : Tangkapan ini memalukan keluarga, sila bersihkan nama saya!

image

KAJANG : Seorang pemandu teksi, Hanizan Mohamed Radzi berkata beliau ditangkap atas dakwaan menculik seorang budak lelaki berusia lima tahun di Kajang telah membawa”aib” kepada keluarganya.

Isteri dan nak-anak saya juga berasa malu untuk perkara ini. Sila bersihkan semula nama saya,” katanya kepada seorang pegawai polis ketika beliau dibawa masuk ke dalam mahkamah majistret di sini akan setelah dibebaskan selepas siasatan pihak Polis terhadap kes berkenaan selesai. “Saya hanya pemandu teksi dan tidak melakukan sebarang kesalahan” kata yang kelihatan letih.

Hanizan, yang berpakaian baju biru dan seluar jeans digari ketika dibawa keluar. Beliau telah ditangkap oleh polis, bersama-sama dengan tiga lelaki lain dalam tempoh 24 jam susulan kes penculikan seorang kanak- kanak lelaki di hadapan di hadapan sebuah Tadika di Sungai Chua, Kajang dan jenayah tersebut berjaya dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV).

Penculik terbabit didakwa meminta wang tebusan sebanyak RM300, 000 sebagai pertukaran untuk budak lelaki tersebut. Hanizan dilihat membawa budak lelaki itu kembali ke rumahnya pada kira- kira 5. 35pm setelah 8 jam dilarikan pada 9hb Okt lalu dan menyerahkan kanak-kanak itu kepada keluarganya.

Pemandu teksi itu mendakwa beliau ternampak budak lelaki itu berkeliaran di tepi jalan dan mengecamnya melalui mesej yang disebarkan di media laman sosial.

Selepas hampir seminggu, Pihak Polis secara rasmi mengesahkan bahawa beliau tidak terlibat dalam penculikan tersebut dan mendapati tiada hubungan antara Hanizan dan tiga suspek lain.

Beliau telah dibebaskan dengan bon di bawah Seksyen 49 Kanun Tatacara Jenayah manakala tiga suspek yang lainnya ditahan atas pertuduhan dan akan dihadapkan di mahkamah di sini hari ini di bawah Seksyen 3( 1) Akta Penculikan 1961 untuk penculikan, penahanan secara tidak sah atau pengurungan untuk mendapatkan wang tebusan.

Pemandu teksi: Tangkapan ini memalukan keluarga, sila bersihkan nama saya!

KAJANG : Seorang pemandu teksi, Hanizan Mohamed Radzi berkata beliau ditangkap atas dakwaan menculik seorang budak lelaki berusia lima tahun di Kajang telah membawa”aib” kepada isterinya.

Anak-anak saya juga berasa malu untuk perkara ini. Sila bersihkan semula nama saya,” katanya kepada seorang pegawai polis ketika beliau dibawa masuk ke dalam mahkamah majistret di sini akan setelah dibebaskan selepas siasatan pihak Polis terhadap kes berkenaan selesai. “Saya hanya pemandu teksi dan tidak melakukan sebarang kesalahan” kata yang kelihatan letih.

Hanizan, yang berpakaian baju biru dan seluar jeans digari ketika dibawa keluar. Beliau telah ditangkap oleh polis, bersama-sama dengan tiga lelaki lain dalam tempoh 24 jam susulan kes penculikan seorang kanak- kanak lelaki di hadapan di hadapan sebuah Tadika di Sungai Chua, Kajang dan jenayah tersebut berjaya dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV).

Penculik terbabit didakwa meminta wang tebusan sebanyak RM300, 000 sebagai pertukaran untuk budak lelaki tersebut. Hanizan dilihat membawa budak lelaki itu kembali ke rumahnya pada kira- kira 5. 35pm setelah 8 jam dilarikan pada 9hb Okt lalu dan menyerahkan kanak-kanak itu kepada keluarganya.

Pemandu teksi itu mendakwa beliau ternampak budak lelaki itu berkeliaran di tepi jalan dan mengecamnya melalui mesej yang disebarkan di media laman sosial.

Selepas hampir seminggu, Pihak Polis secara rasmi mengesahkan bahawa beliau tidak terlibat dalam penculikan tersebut dan mendapati tiada hubungan antara Hanizan dan tiga suspek lain.

Beliau telah dibebaskan dengan bon di bawah Seksyen 49 Kanun Tatacara Jenayah manakala tiga suspek yang lainnya ditahan atas pertuduhan dan akan dihadapkan di mahkamah di sini hari ini di bawah Seksyen 3( 1) Akta Penculikan 1961 untuk penculikan, penahanan secara tidak sah atau pengurungan untuk mendapatkan wang tebusan.

Pemandu Teksi dibebaskan, tiada kaitan kes culik di Kajang, kata Polis

image

SHAH ALAM : Pemandu teksi yang ditahan atas kes culik seorang kanak-kanak berusia lima tahun di Kajang akan dibebaskan lewat hari ini.

Polis berkata, lelaki itu menjumpai kanak-kanak berkenaan berkeliaran di tepi jalan lantas mengambil keputusan untuk menghantar kembali kepada keluarganya dan disahkan tidak mempunyai kaitan dengan penculik.

Beliau akan dibebaskan dengan bon di bawah Seksyen 49 Kanun Tatacara Jenayah.

“Setakat ini, kami tidak dapat mengaitkan mana-mana bukti kepadanya”, Jabatan Siasatan Jenayah Selangor melalui Deputi Komisioner Datuk Mohd Adnan Abdullah (gambar) berkata, di sini, hari ini.

Beliau berkata, tiga yang lain ditahan berhubung kejadian itu akan didakwa di Mahkamah Kajang pagi Jumaat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 untuk penculikan, penahanan tidak sah atau pengurungan untuk mendapatkan wang tebusan.

Empat termasuk pemandu teksi, ditahan kurang daripada 24 jam selepas penculikan Jumaat lepas.

Kanak-kanak itu kembali dalam pangkuan keluarganya kira-kira lapan jam selepas rakaman video penculikan kurang ajar beliau tersebar di media sosial.

The Star melaporkan Ketua Polis Selangor, Timbalan Kanan Bukit Aman, Datuk Abdul Samah Mat berkata, hampir semua wang tebusan RM300,000 yang dibayar telah ditemui.

Kanak-kanak itu dilarikan dari ibunya di luar tadika di Sungai Chua, Kajang.

Kadar tambang TEKS1M di turunkan hujung tahun, kata SPAD

image

KUALA LUMPUR : Kadar tambang Teksi 1Malaysia (TEKS1M) akan dikurangkan menjelang akhir tahun ini untuk menggalakkan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, Suruhanjaya itu sedang memuktamadkan kajian dalam usaha menjadikan teksi coklat emas itu lebih popular.

“Ia juga akan mempertimbangkan kenderaan baru jenis sedan untuk TEKS1M selain jenis MPV”, katanya.

“Kami akan menyeragamkan kadar tambang di antara TEKS1M dan teksi bajet. Mudah-mudahan, kita boleh mengumumkan dalam satu atau dua bulan lagi,” katanya kepada The Sun.

Syed Hamid berkata demikian ketika TEKS1M diperkenalkan dua tahun lalu, SPAD telah membayangkan bahawa ia akan meningkatkan imej industri teksi dengan menyediakan keselesaan perjalanan yang lebih baik dan pemandu yang lebih berkualiti.

Walau bagaimanapun, ramai pemandu teksi tidak berminat untuk berhijrah ke TEKS1M kerana kos kenderaan itu ‘lebih tinggi’ manakala orang ramai lebih suka menggunakan teksi bajet yang murah.

Bagi Lembah Klang dan Johor Baharu, kadar flagfall semasa bagi TEKS1M adalah RM4 dengan 30 sen bagi setiap 200 meter manakala kadar teksi bajet adalah 25 sen bagi setiap 200 meter dengan tambang flagfall ditetapkan pada RM3.

Ia juga termasuk caj berasaskan masa 30 sen bagi setiap 36 saat untuk TEKS1M manakala teksi bajet adalah 25 sen bagi setiap 36 saat.

Berpandukan kadar tambang semasa, untuk perjalanan 10km (berdasarkan kadar jarak), meter TEKS1M akan mempamerkan nilaian RM17.50 manakala teksi bajet RM14.25.

Pengusaha Teksi desak SPAD sekat aplikasi Uber & GrabCar!

image

KUALA LUMPUR : Kira-kira 500 pemandu teksi di bawah Syarikat Silver Cab Sdn. Bhd. telah menggesa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menyahaktifkan aplikasi Uber dan Grabcar.

Kumpulan itu berkata SPAD hanya akan dapat mengatasi masalah ini dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pemandu teksi berkenaan menekankan bahawa perkhidmatan yang ditawarkan oleh kedua-dua syarikat tersebut adalah haram.

Pihak pengurusan Silver Cab, Adnan Mohamad berkata, ia adalah penyelesaian yang terbaik untuk tidak menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh teksi haram itu melalui aplikasi.

“Kami telah menyuarakan isu ini kepada SPAD tetapi tindakbalas dari mereka adalah bahawa hanya SKMM sahaja yang diberikan kuasa untuk menyekat sesuatu aplikasi,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi baru-baru ini.

Beliau juga menegaskan bahawa SPAD perlu bertindak tegas terhadap teksi haram yang telah mengakibatkan pengurangan pendapatan secara mendadak kepada pemandu syarikat berkenaan sebanyak 40 peratus.

“Bukan sahaja mereka telah memberi kesan buruk kepada kita sebagai pemandu teksi, malah keselamatan penumpang juga berisiko kerana mereka tidak mempunyai insurans,” katanya.

Pengerusi SPAD Syed Hamid Albar sebelum ini telah menyatakan bahawa perkhidmatan yang disediakan oleh Uber dan GrabCar adalah tidak sah kerana kedua-duanya syarikat berkenaan tidak mempunyai lesen untuk mengambil penumpang.

Adnan berkata pemandu teksi yang dilesenkan juga perlu mengubah sikap dan menjadi lebih berdisiplin untuk menggalakkan orang ramai supaya terus menggunakan perkhidmatan mereka.

Beliau juga mendapati bahawa terdapat kira-kira 15 peratus daripada pemandu teksi di bawah pengurusan beliau masih keras kepala dan tidak mempunyai disiplin yang baik.

1 2 3 4